Followers
Tuesday, October 19, 2010
Sejak Aku Mengenalmu
Nukilan Khas Buat Dirimu
Saturday, October 2, 2010
NURKILAN CINTA
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis
Monday, September 20, 2010
Puisi buat teman sejati
Teman.....
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.
Teman,
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.
Teman,
Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.
Teman,
Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu.
Teman,
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman...
Warkah buat teman hidupku
Monday, September 13, 2010
my family
Wednesday, September 1, 2010
Renungan bersama
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
- Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
- Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
- Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
- Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
- Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
- Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
- Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
- Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
- Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
- Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
- Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
- Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)
Friday, August 27, 2010
Kata-kata puitis cinta
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah...
Wednesday, August 25, 2010
***
Sunday, August 15, 2010
Am I in Love
Saturday, August 14, 2010
KADANGKALA CINTA ITU BUTA SEHINGGAKAN KITA MUDAH JATUH CINTA DAN TAK MUDAH MELUPAKAN..WALAUPUN CINTA ITU PALSU BELAKA…
CINTA ABADI HANYA PADA ALLAH YANG ESA..
JGN DIBIAR DIRI HANYUT PADA CINTA DUSTA..
BIARKAN CINTA BERPUTIK PABILA MASA YANG PALING PASTI UTKNYA..
PERKAHWINAN CINTA YANG TIDAK AKAN MEMBIARKAN KITA RUGI APE2…
TERSERAHLAH…
Tuesday, August 10, 2010
RAMADHAN KU~~
~RAMADHAN KEMBALI~
Monday, August 9, 2010
sendat waterfalls
ni ade ckit gambar2 dkt sungai sendat,memang legend tempat ni,dan ini adalah percutian trakhir untuk sebelum puasa ngeh3..thanks to all my frend love u all forever (BOB,SYARIL,DIN,WAFI,AZRI,SYAHIZA,SYIKIN,FERRA) ni name2 yg pg sungai sendat,yg lain ramai lg hehe cume dorg x de mase nk pg,cian dorg keh3... aku rase klau aku tak jumpe korg mmang x de la aku nk g tmpt2 mcm ni huhu,dengar cite lepas ni BOB dh x nk jd PM lg betulkah..?? haha relex la BOB beru patah ckit je bumper kete ko tu huhu dh patah hati plk,ape2 pn tgu je la lepas ni nk g mane plk,dengar cite nk msuk gua plk mcm best je kn x saba plk...ok la derrr takat ni je cerite sungai sendat........zasssss
Saturday, August 7, 2010
PENGEMIS RINDU
Tika Senja Menjemput Malam
Naluri Ini Dibayangi Rasa Rindu
Rindu Akan Kenangan Silam
Kegembiraan dan Kepahitan
Lumrah Hidup Semua Insan
Ada Masa Suka
Ada Masa Duka
Kegembiraan Disusuli Kesyukuran
Inayat Dari Tuhan Dipohonkan
Kepahitan Mengajar Erti Kedewasaan
Dalam Merentasi Pentas Kehidupan
Pabila Rindu Bertukar Benci
Jiwa Ini Semakin Kekosongan
Kehadiran Seorang Insan
Menjadi Pengubat Kebencian
Kini,
Kukenal Erti Percintaan
Kukenal Erti Sebuah Kasih Sayang
Kukenal Jua Erti Kerinduan
Rindu Menjemput Jiwaku Kembali Merindu
Rindu Pada Ketenangan
Rindu Pada Kekasih
Rindu Menjadikanku Pengemis
Mengemis Rindu Yang Tiada Kesudahan
~AKULAH ARJUNA~
Sunday, August 1, 2010
Siapa hati itu
Saturday, July 31, 2010
PUISI BUAT KEKASIH
Sayang
Andai saat ini ilahi memanggilku
kembali,
Ku harap kau tabah menghadapi,
Detik-detik dan liku hidup ini,
Kerana�
Aku tak mungkin lagi berada disisimu,
Aku tak lagi dapat mengusap wajah
manjamu itu,
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai
tanganmu,
Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu
dengan..
Tinta-tinta kerinduan,
Warkah-warkah kasih sayang,
Irama-irama kesyahduan,
Bait-bait puisi riang,
Dan baris-baris kenangan yang pernah
kita simpulkan� ..
Sayang...
Andai saat ini saat terakhir aku di
sisimu�
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu,
Izinkan aku mencuit senyum manja,
Izinkan aku selami hatimu,
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu,
Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur
sedetik bahagia,
agar�
Kau takkan mudah melupakan aku,
Kau tak mudah tinggalkan cintaku,
Tak mudah kau usir rindu yang
bertandang saat ini,
Biar ia menjadi sejarah yang tak
mungkin kau lupa,
Cukuplah sehingga kau belum
berpunya..
Sayang..
Andai masa sudah mengakhiri,
Andai saat yang dinanti tiba di hati..
Ku harap kau rela membiarkan ku pergi,
Ku harap kau dicucuri rahmat dari
ilahi,
Sentiasa bahagia dan hidup ceria,
Akan ku lihat kau dari jauh,
Jangan lupakan aku biarpun kau dah
berpengganti..
Hulurkan doamu padaku tiap malam agar
aku bisa mendengar lagi,
Suara merdumu,
Hadiahkanku bacaan yasin dan doa,
setiap kali kau akhiri tututan mu
sayang...
Friday, July 30, 2010
REMBULAN KU
DIA
Thursday, July 29, 2010
Sayap-Sayap Patah
Hati yang terjatuh dan terluka
Merobek malam menoreh seribu duka
Kukepakkan sayap-sayap patahku
Mengikuti hembusan angin yang berlalu
Menancapkan rindu….
Disudut hati yang beku…
Dia retak, hancur bagai serpihan cermin
Berserakan ….
Sebelum hilang di terpa angin…
Sambil terduduk lemah….
Ku coba kembali mengais sisa hati
Bercampur baur dengan debu
Ingin ku rengkuh…
Ku gapai kepingan di sudut hati…
Hanya bayangan yang ku dapat….
Ia menghilang saat mentari turun dari peraduannya
Tak sanggup ku kepakkan kembali sayap ini
Ia telah patah..
Tertusuk duri-duri yang tajam….
Hanya bisa meratap….
Meringis..
Mencoba menggapai sebuah pegangan..
Wednesday, July 28, 2010
Bingkai kehidupan
Masa demi masa berlalu sudah
Kemana kaki jalan melangkah
Liku-liku kehidupan mengukir sejarah
Kini saatnya berpotret diri
Berbenah dari segala keburukan
Meningkatkan semua kebaikan
Ramadhan sebentar khan tiba
Kini saatnya tuk membuka pintu hati
Memaafkan semua kehilafan
Mari kita sambut dengan gembira
Dengan memperbanyak ibadah
Tuk menggapai tingkatan taqwa
Derajat tertinggi disisi khalik
Semoga Allah selalu membimbing kita
Dan nanti memasukkan kita dalam surga-Nya
Amiin
Sambutlah ‘si CINTA’
Saat malam mulai larut
Suasanapun semakin senyap
Aku terbujur dalam kekakuan
Karena hati terpasung dalam kesepian
Kesedihan dengan kesendirian
Seakan menggugurkan sejuta harapan
Sepinya malam berlalu sudah
Pagi datang mengawali hari baru
Aku terbangun dari panjangnya malam
Perlahan aku bergerak,
Berdiri dan kubuka jendela
Tersiratlah cahaya mentari pagi
Menyinari……
Menghempaskan semua khayalan kepahitan
Memang, Aku harus tetap tegar berdiri
Songsong hari yang baru
Sambut dengan sesuatu yang indah
Wujudkan misteri cita dan cinta
Sambutlah ‘si CINTA’ yang cantik
Berikan dia senyum
Warnailah hari-hari dengan cinta
Bird Project - CIQ Tg Kupang
sahabat
maafkan aku diatas segala kesilapan yang telah aku lakukan
kerana aku hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan
walaupun kadang kala kesilapan yang aku lakukan berulang kali terjadi
dan terima kasih kerana sentiasa menasihati aku dan sentiasa berada di sisi ku
dan menjadi sahabat yang terbaik.
Sahabat...
maafkan aku diatas keterlanjuran kata-kata ku
kerana sebagai sahabatmu aku terlalu menyayangi dirimu
dan kerana menyayangi dirimulah
aku tidak mahu kau mengejar bayang-bayang yang tidak mungkin kau miliki
dan mungkin akan menjadi mimpi ngeri seummur hidupmu
yang aku mahu hanya cuma kau bangkit dari igaun mu itu
walupun bagimu igaun itu adalah mimpi indah dan kau tidak mahu kehilangannya
sedarlah mimpi indah tak semanis realiti walau realiti sepahit hempedu
Sahabat...
Maafkan aku jikalau pendapat kita tidak sama
mungkin aku tidak mengerti apa yang kau ingin aku mengerti
tapi percayalah aku sentiasa cuba mengerti pendapatmu
tetapi maafkan aku kerana aku tidak dapat membohongi diriku dan juga dirimu
jika salah bagimu apa yang kukatakan ku susun jari memohon ampun
kerana bukan aku tidak mengambil berat pasal dirimu lagi tetapi
kerana aku sendiri buntu dengan jalanku
Sahabat...
maafkan aku diatas kemarahan yang telah aku lemparkan kepadamu
kerana aku juga mempunyai masalah sendiri
walaupun mungkin bagimu tidak sehebat masalah yang kau lalui
tetapi kerana aku manusia yang mempunyai emosi dan perasaan
serta aku juga kaum hawa yang sentiasa ternoda dengan pengaruh syaitan
aku kadang kala hilang pertimbangan
Sahabat...
maafkan aku sekali lagi diatas segalanya yang berlaku
percayalah sebagai sahabatmu yang sentiasa menyayangimu
bukan air mata yang kupinta dari mu tetapi senyuman
bukan emas permata yang akan kuhadiahkan untukmu tetapi ketulusan
bukan kesepian yang akan aku berikan untukmu tetapi kegembiraan
dan bukan kehancuran neraka yang akan ku doakan untuk mu tapi kebahagian syurga yang hakiki
Sahabat...
aku hanya manusia anak adam dan hawa
terlahirnya aku kerana ketulusan cinta mereka
hidupnya aku kerana utuhnya kasih sayang mereka
dan dewasanya aku kerana pergorbanan yang dilakukan mereka
begitu juga engkau...
jadi ambillah semangat juang mereka meneruskan hidup ini
menebus kembali dosa-dosa silam
kerana hidup ini adalah pentas ujian tuhan yang maha esa
Sahabat...
dikala ini aku benar-benar tidak mahu kehilanganmu
kerana dirimu adalah berharga bagi diriku
walaupun aku tahu aku bukanlah sahabat yang terbaik
kerana aku hanya manusia biasa
punyai ruang dan masa yang terhad di dunia ini
yang perlu aku bahagikan untuk semua benda yang kusayangi
Maafkan aku...