Followers

Wednesday, April 14, 2010

DULU LAIN SEKARANG LAIN


Dulu lain sekarang lain

Bezanya umpama benang denan kain

Dulu sentiasa cemas tak boleh main

Asyik berusaha tak ngadap kat lain



Kurusnya badan ku bak lidi penyapu

Agaknya makan minum tak menentu

Ke hutan ke rimba dok kerja meramu

Ke sawah ke ladang di itu ke itu



Dek susah dan besarnya tanggungan

Letih dan malas jauh-jauh ku humban

Merata-rata mencari tak segan-segan

Itupun pendapatan tak jua berpadanan



Sampailah masa hasil getah ku keluar

Malangnya pokok tak sekata besar

Tiap-tiap hari yang besar ku cakar

Pun tak berganti baju dan seluar



Aku bersegera berhenti merokok

Motor ku beli pendapatan ku tokok

Akhirnya kini badan ku gemuk

Di kerusi rotan dok terperoyok



Orang kata merokok balik

Pada ku itu kerja merapik

Gemok dan kurus pada ku tak pelik

Pemberian Tuhan tetap ku ambik

AKU SEORANG...???

Aku...? apa ada pada aku...? aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku ada dalam hidup aku.Setiap hari yang aku tempuhi bagaikan suatu mimpi ngeri dalam hidup aku.Ada sesetengah orang rindukan kenangen semalam dan ada pula yang tidak sabar menentikan esok dan aku...? semalam bagaikan mimpi ngeri dan esok bagaikan panas matahiri......Biarlah sekadar hari ini,tidak sanggup rasanya untuk aku menghadapi hari-hari yang penuh dengan kegelapan......Biarlah aku dan diriku sahaja yang tahu akan kepahitannya....

Tuesday, April 13, 2010

hari pertama aku menulis blog

12.35 am hari ini ade lah hari prtame aku menulis blog untuk yg ni la,blog yg dulu dh padam sebab ade sebab,so yang ni yang baru,ape nk cerite tgu je la....